PENGENALAN


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan pembelajaran dan pengajaran dibuat melalui penggunaan rangkaian yang mampu menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan web global secara dalam talian.
Pusat Pengurusan Maklumat (IM) MARDI mengambil kesempatan ke atas kepesatan teknologi maklumat terutama sekali penggunaan platform mudahalih dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada staf. Maklumat yag disediakan dalam aplikasi ini adalah berbentuk pengajaran dan pembelajaran. Kandungan yang diberikan adalah yang berkaitan dengan persekitaran dalam MARDI seperti module peperiksaan, FAQ MARDI, Tips dan lain-lain lagi.

Objektif pembangunan im-Learning:

Membangunkan satu repositori dan direktori bahan pembelajaran digital yang boleh diguna pakai oleh semua staf;

Membudayakan e-Pembelajaran di MARDI untuk membina komuniti pengamal e-Pembelajaran dan penjana e-Kandungan tulen;

Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra e-Pembelajaran;

Menghasilkan pelbagai e-Kandungan bagi mengukuh pembelajaran dan instruksi;

Meningkatkan kemahiran staf dan pihak berkepentingan melalui e-Pembelajaran; dan

Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan dalam pedagogi dan teknologi e-Pembelajaran.